Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri China Li Qiang ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Forum Davos Musim Panas 2024 yang berlangsung di sini, pagi Selasa. Foto AFP

PM China berucap pada perasmian Forum Davos

ByBernama

DALIAN, 26 Jun: Semua pihak hendaklah memandang tepat kesulitan yang dihadapi pertumbuhan ekonomi dunia dan mengendalikan isu pembangunan dengan perspektif lebih tinggi dan minda lebih luas.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Forum Davos Musim Panas 2024 yang berlangsung di sini, pagi Selasa.

Beliau turut menegaskan perlunya mengambil peluang daripada revolusi teknologi dan transformasi perindustrian pusingan baharu untuk meneroka momentum baharu pertumbuhan ekonomi.

Li menyarankan semua pihak mewujudkan persekitaran yang terbuka, adil dan tanpa diskriminasi untuk inovasi sains dan teknologi, serta bersama memantapkan pembangunan industri mesra alam dan rendah karbon.

Usaha hendaklah dilakukan untuk memelihara persekitaran pasaran yang terbuka, menentang amalan “cantas hubungan”, di samping menjamin kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan.

Li juga menekankan perlunya memacu pembangunan inklusif, menyelaraskan pembangunan dan tadbir urus dengan baik, selain berusaha memastikan hasil inovasi membawa manfaat kepada lebih banyak negara.

Presiden Poland Andrzej Duda dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh turut hadir menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian.

Acara berkenaan menyaksikan kehadiran kira-kira 1,700 wakil dari lebih 100 negara dan wilayah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan