Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024, di BCCK pada 25 Jun 2024. Foto Kimberly (TVS)

SEDC, BDA mampu berdiri tanpa bantuan kerajaan – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Jun: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) diyakini berupaya menjana pendapatan berdasarkan prestasi anak-anak syarikat entiti terbabit, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru itu, menurut beliau Kerajaan Sarawak akan menghentikan penyaluran peruntukan pentadbiran kepada badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu bermula 2027.

“Kita yakin mereka boleh berdiri dengan sendiri kerana ada potensi. Anak syarikat SEDC terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti metanol dan BDA pula memiliki potensi pelaburan kerana Pelabuhan Samalaju.

“Kami tidak beri duit kepada mereka lagi, namun saya memberikan mereka panduan. Kita mahu ubah ‘mindset’ kerajaan akan terus menjadi penyelamat kepada mereka walaupun mereka rugi,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Abang Johari juga mahu syarikat GLC lain turut mencari sumber pendapatan sendiri dan melipatgandakan pelaburan, selain meneroka perniagaan lain yang akan memberi pulangan kepada mereka.

Usaha sedemikian kata beliau lagi membolehkan entiti berkaitan menghasilkan pulangan pendapatakan kepada Kerajaan Sarawak selepas ini.

Sementara itu, beliau memberitahu peruntukan yang diberikan sebelum ini kepada badan berkanun dan GLC dengan ini dapat digunakan untuk menaik taraf insrastruktur strategik di seluruh wilayah ini.

“Kita boleh guna simpanan yang ada untuk naik taraf sekolah, klinik kesihatan serta bekalan air dan elektrik. Kalau ada infrastruktur ini, maka ada aktiviti ekonomi dan seterusnya akan membawa kepada ekonomi yang stabil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan