Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir semasa Program Juh Rasa-Rasa Akuakultur di Pejabat Perikanan Laut Wilayah 1 Kuching di Kuching pada Sabtu. Foto, TVS.

Wanita digalakkan ceburi bidang akuakultur – Nancy

SANTUBONG, 23 Jun: Golongan wanita diseru supaya melibatkan diri dalam bidang akuakultur bagi meningkatkan bekalan ikan dalam negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seruan itu bertujuan untuk memastikan bidang akuakultur dapat menyumbang kepada hasil ikan negara seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Jelas Nancy, kerajaan setakat ini melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita namun setakat ini penglibatan mereka dalam program inisiatif kerajaan masih kurang.

“Sebenarnya (pelbagai) peluang ada cuma mungkin kita perlu war-warkan.

“(Sehubungan itu saya minta) medialah tolong war-warkan untuk membantu wanita. Banyak yang kita usahakan melibatkan pelbagai kementerian untuk membantu golongan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Program Juh Rasa-Rasa Akuakultur di Pejabat Perikanan Laut Wilayah 1 Kuching semalam.

Sementara itu, Nancy turut mengesyorkan agar bidang akuakultur membuka ruang khusus kepada wanita bagi menarik minat lebih ramai golongan tersebut menyertainya.

Katanya, ruang dan peluang tersebut akan membuka laluan untuk mereka melakukan aktiviti yang bermanfaat bagi menjana pendapatan isi keluarga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan