Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Pemukat Kuala Lawas. Foto: BBP Lawas. Foto BBP Lawas

Lima rumah terbakar, 73 penghuni tinggal sehelai sepinggang

LAWAS, 23 Jun: Seramai 73 penghuni hilang tempah berteduh selepas lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Kuala Lawas, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas (BBP) Azman Ibrahim berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 43 kilometer (km) dari balai.

“Setibanya di lokasi, anggota segera melakukan pemadaman untuk menghalang api merebak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, selain BBP Lawas, usaha memadam kebakaran turut dibantu oleh anggota dari BBP Sipitang, Sabah.

“Kebakaran dapat dikawal pada 7.07 malam dan jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,”ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan