Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama rombongan melawat tapak projek panel solar terapung di Batang Ai, Lubok Antu, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pembinaan panel solar terapung di Batang Ai capai kemajuan lebih 30 peratus

ByAhmad Burhanuddin

LUBOK ANTU, 20 Jun: Projek pembinaan panel solar terapung di Batang Ai kini sudah mencapai lebih 30 peratus pelaksanaannya, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, projek ladang solar terapung pertama di Sarawak di bawah kendalian Sarawak Energy Berhad (SEB) yang terletak di Empangan Batang Ai di sini dijangka beroperasi pada Oktober ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Saya difahamkan projek ini akan siap tidak lama lagi dan ketika ini, ia dah capai lebih 30 peratus. Maknanya ia akan siap dalam tempoh empat bulan lagi.

“Pengeluaran tenaga daripada ladang solar terapung ialah lebih kurang 50MW dan Empangan Batang Ai kini menjana tenaga hidroelektrik sebanyak 108 MW jadi kalau ini siap, kawasan Batang Ai akan mengeluarkan 158 MW (hidroelektrik and solar),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat projek pembinaan solar terapung itu di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili.

Abang Johari berkata lagi, sebelum ini, harga panel solar agak mahal dan terdapat masalah pada baterinya namun perkara tersebut dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Sementara itu, kata beliau, setelah projek panel solar terapung ini siap kelak, ia turut akan digunakan untuk menghasilkan hidrogen.

“Perkara yang ingin saya nak kongsikan adalah apabila kita mempunyai tenaga hijau ini, ia boleh menghasilkan tenaga lain iaitu hidrogen.

“Sekarang ada konsep dipanggil sebagai P2G2P (power-to-gas-to-power) yang bermakna tenaga boleh diperbaharui digunakan untuk menjana gas dan gas itu kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga.

“Jika kita ada tenaga boleh diperbaharui, maka kita (boleh) mengeluarkan hidrogen,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat tapak projek ladang solar terapung yang mula dibina sejak Jun 2023.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama SEB serta China Power International Holdings dan syarikat tenaga solar, Trina Solar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan