Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama menunjukkan suasana ketika SPM berlangsung.

Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun – KPT

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 JunĀ ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawaĀ keputusan bagi pengajian keĀ universiti awam (UA), politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat sijil, asasi dan diploma SesiĀ Akademik 2024/2025 boleh disemak mulai 12 tengah hari pada tarikh berkenaan hingga 5 petangĀ 7 Julai.

ā€œKeputusan boleh disemak secara dalam talian melalui pautanĀ https://jpt.utm.my,Ā https://jpt.uum.edu.my,Ā  https://jpt.unimas.my,Ā https://jpt.ums.edu.myĀ danĀ https://jpt.umt.edu.my, atau melalui aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar,ā€ menurut kenyataan itu.

Menurut KPT, pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 JunĀ hingga 7 Julai ini menerusiĀ laman web IPTAĀ dan ILKA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Untuk pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja, permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui Unit Pusat Universiti (UPU)Ā bagi kemasukan ke UA dan politeknik di https://upu.mohe.gov.myĀ dalam tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 28 JunĀ hingga 5 petang 7 Julai.

ā€œRayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline. Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamadĀ dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

ā€œDasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,ā€ menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan berkenaanĀ permohonan UPUOnline boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi atau melalui nombor telefonĀ 03-8684 2363 danĀ e-melĀ upu@mohe.gov.my.

Layari platform media sosialĀ Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA menerusiĀ Facebook, Instagram dan TikTokuntuk maklumat lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan