Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa tragedi bot karam di Long Menjawah, Belaga ditemukan orang awam pada 1.15 tengah hari ini. Foto JBPM

Mayat mangsa bot karam ditemui, seorang masih hilang

ByKimberly Dickson

BELAGA, 18 Jun: Mayat seorang mangsa tragedi bot karam di Long Menjawah, Belaga ditemukan oleh orang awam pada jam 1.15 tengah hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mayat Balavishnu Permaloo, 36, dijumpai kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyerahkan jasad mendiang kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR hari kedua bermula 10 pagi disertai pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan.

Seorang lagi mangsa yang hilang dalam tragedi, Rhuban Apparoo, 30, belum ditemui.

Kedua-duanya berasal dari Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

Bot yang mereka naiki bersama dua lagi rakan sekerja serta jurumudi karam kira-kira 4 petang, Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan