Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir menenggelamkan 1,000 rumah di wilayah Nias Barat, Sumatera Utara. Foto BNPB

4,000 penduduk terjejas banjir di Sumatera Utara

ByTVS

JAKARTA 18 Jun: Hujan lebat berterusan di Moro’o di wilayah Nias Barat, Sumatera Utara menyebabkan banjir dan menjejaskan 4,000 penduduk.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhari, banjir itu menenggelamkan 19 kampung yang membabitkan 1,000 rumah.

“Hujan lebat yang berlaku menyebabkan air melimpah dari sungai dan membanjiri perkampungan dengan kedalaman mencecah satu meter,” katanya.

Beliau berkata banjir ini berpotensi menyebabkan tanah runtuh, justeru orang ramai diminta bersiap sedia dan berwaspada.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Nias Barat meramalkan hujan lebat untuk beberapa hari lagi.

BNPB terus menjalankan penilaian terhadap kesan bencana dan bencana lain yang berpotensi akibat banjir dan masih menjalankan usaha pemindahan mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan