KUCHING, 17 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Solat sunat yang disertai kira-kira 5,000 orang penduduk sekitar Kuching itu dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, Tun Wan Junaidi dan Abang Johari menyempurnakan simbolik penyembelihan korban.
Beliau kemudiannya menghadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak 1445h di Dewan Hikmah Kuching.
Pada majlis itu, tiga ekor lembu dikorbankan. Daging-daging korban diagihkan kepada 100 orang asnaf dari kawasan Kuching. – TVS