Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan asap berkepul-kepul berikutan serangan Israel di selatan Kota Gaza, pada 11 Jun 2024. Foto AFP

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang

ByBernama

GAZA, 17 Jun: Angka kematian akibat serangan genosid Israel di Gaza telah meningkat kepada 37,337 orang, menurut agensi perubatan pada Ahad.

Sementara itu, bilangan mangsa yang cedera pula mencecah 85,229 orang, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera pendudukan Israel telah melakukan empat pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, mengakibatkan 41 terbunuh dan 102 lagi cedera.

Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.

Serangan Israel juga menyebabkan hampir dua juta orang dipindahkan secara paksa dari seluruh Semenanjung Gaza, dengan sebahagian besar daripada mereka terpaksa berkumpul di Rafah yang padat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan