KUCHING, 15 Jun: Atlet wanita terkuat dari Sabah, Joyce Heng beraksi dalam Strongman Challenge Pulapol Kuching 2024.
Komandon Pulapol Kuching SAC Zulfikar Mohd Ghazali menyifatkan penyertaan atlet bertaraf dunia itu sebagai suatu penghargaan kepada warga Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL).
Menurutnya atlet Sarawak yang pernah merangkul kejuaraan dalam pelbagai kejohanan turut mewarnai pertandingan berkenaan.
“Pada hari ini kita amat bertuah kerana dapat melihat atlet wanita peringkat dunia iaitu Joyce Heng kelahiran Sabah telah turut serta bertanding di sini.
“Selain itu juga, atlet peringkat negeri Sarawak dan pernah beberapa tahun menduduki ranking pertama di Malaysia iaitu Yong Chee Hang juga turut sama mewarnai pertandingan pada hari ini,” katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Penyampaian Hadiah Strongman Challenge Pulapol Kuching 2024 di Kuching pada Sabtu.
Sementara itu, juara Strongman Challenge Pulapol Kuching 2024 bagi kategori Wanita Terbuka, Joyce Heng menzahirkan kegembiraan setelah beraksi pada pertandingan pertamanya di Kuching.
Meskipun terdapat sedikit perbezaan peralatan dan rutin yang perlu dilakukan katanya situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik sambil menambah bahawa fokusnya selepas ini adalah untuk melayakkan diri di kejohanan dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat.
“Saya berasa gembira sebab dapat ikut pertandingan di Kuching untuk pertama kali dan acara disini memang ada perbezaan dari segi equipment dan rutin pun ada yang baharu.
“Selepas ini kira mau sasarkan untuk melayakkan diri ke pertandingan di Amerika Syarikat sebab ikut betul ini acara paling besar di tetapi dia punya qualification amat susah sebab kena menang pertandingan di China dahulu baru dapat layak untuk pergi,” jelasnya.
Di Samping itu, pemenang Strongman Challenge Pulapol Kuching 2024 bagi kategori lelaki terbuka Desmond Chan Min berasa gembira kerana berjaya meraih gelaran johan yang pertama pada tahun 2024 dalam kategori ini.
Atlet berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan ini menyasarkan untuk kembali lagi pada penganjuran acara ini pada edisi yang seterusnya bersama para atlet muda lain untuk merasai cabaran dalam pertandingan Strongman Challenge di Pulapol Kuching.
“Dulu saya menang yang novis punya MSM Malaysian Strongestman novis 2023 yang itu novis punya kategori dan yang ini kategori terbuka memang pertama kali lah menang di 2024 Pulapol Kuching Strongman.
“Boleh juga edisi seterusnya akan datang lagi dan boleh cuba bawa anak murid datang cuba mungkin boleh saya ajar mereka orang sama-sama supaya boleh cuba ini aktiviti strongman lelaki atau perempuan pun boleh cuba,” ujarnya. -TVS