Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan delegasi Politeknik Temasek Singapura ke Sarawak baru-baru ini bertujuan meneroka tempat yang berpotensi bagi mengadakan lawatan pelajar pada masa hadapan selain bertemu pihak kerajaan dan akademik di sini. (Foto FB Temasek Poly Alumni)

Politeknik Temasek Singapura teroka potensi untuk pelajar lawat Sarawak

KUCHING, 14 Jun: Lawatan delegasi Politeknik Temasek Singapura di sini baru-baru ini bertujuan meneroka tempat yang berpotensi bagi mengadakan lawatan pelajar pada masa hadapan selain bertemu pihak kerajaan dan akademik di Sarawak.

Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak-Singapura (STATOS) yang menyelia lawatan itu berkata delegasi itu terdiri lima kakitangan dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Fakulti Pengajian Perniagaan, Fakulti Pengajian Reka Bentuk serta Fakulti Pengajian Sains Kemanusiaan dan Sosial.

“Objektif utama lawatan ini untuk mencari lokasi berpotensi bagi menganjurkan lawatan pelajar ke Sarawak dan menjalin hubungan kerjasama dengan institusi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Swinburne dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak,” menurut STATOS dalam satu kenyataan hari ini.

Lawatan ini lebih tertumpu kepada meneroka peluang kerjasama dengan agensi kerajaan dan mengenal pasti tempat sesuai untuk kumpulan pelajar yang lebih ramai dan sebagai susulan daripada lawatan pada Mei lepas yang menyaksikan Politeknik Temasek menghantar hampir 70 pelajar dari Singapura ke Kuching.

STATOS memainkan peranan penting untuk memastikan politeknik menjalin hubungan penting dengan agensi yang sesuai di Sarawak melalui perjalanan itu dan percaya akan membuka jalan kepada lebih ramai pelajar dari Singapura untuk melawat Sarawak.

“Selain itu, kami menjangkakan inisiatif ini akan memupuk peningkatan dalam program pertukaran pelajar antara Singapura dan Sarawak, mengukuhkan hubungan antara kedua-dua wilayah,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan