Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sampel darah kanak-kanak disyaki maut akibat keracunan makanan sedang dianalisis – Kimia Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Bahagian Toksikologi Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia) sedang menganalisis sampel darah mangsa berusia dua tahun yang mati disyaki akibat keracunan makanan.

Kimia Malaysia dalam kenyataan di sini memaklumkan telah menerima sampel itu daripada pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia pada Rabu.

Menurut Kimia Malaysia, analisis sampel itu akan disiapkan dengan kadar segera.

“Pegawai penyiasat akan dimaklumkan sebaik sahaja analisis selesai dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Kimia Malaysia memaklumkan bahawa agensi itu sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa didahului seiring dengan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.

Kes keracunan makanan: KKM dalam proses siasatan

Pada Selasa, kanak-kanak itu dan seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan makanan yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Daerah Gombak, Selangor pada Sabtu lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan