Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Pujut, Adam Yii semasa sesi bergambar bersama MBM dan pihak kontraktor. Foto TVS

Jalan Krokop, Jee Foh di Miri dilengkapi 100 lampu jalan LED

MIRI, 13 Jun: Sebanyak 100 buah lampu jalan LED akan dibina di Jalan Krokop 1 hingga 10 dan Jalan Jee Foh 1 hingga 10 juga bagi menggantikan 80 lampu lama di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Penduduk Krokop selama ini mengadu di kawasan tertentu terutama di persimpangan jalan utama, pencahayaan tidak mencukupi dan tidak cukup terang. Jadi ia boleh membahayakan keselamatan.

“Atas permintaan penduduk setempat, saya membawa projek ini untuk menerangkan lokasi strategik di Krokop terutamanya di persimpangan jalan di sini,”katanya ketika ditemui pemberita di Jalan Jee Foh pada Rabu.

Projek ini katanya merupakan fasa pertama akan dilaksanakan selama tiga bulan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) bermula pada bulan ini.

Akan datang, Adam mendedahkan terdapat perancangan untuk menambah lebih banyak lampu di sekitar kawasan ini untuk fasa seterusnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan