Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli keluarga kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. Foto Bernama

Ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah abai anak

ByBernama

PETALING JAYA, 13 Jun: Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Polis tahan datuk, nenek Zayn Rayyan

Kedua-dua mereka minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis lepas.

Polis tahan datuk, nenek Zayn Rayyan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum pertuduhan dibacakan, jurubahasa mahkamah bertanya sama ada kedua-dua tertuduh sihat atau tidak, dan Zaim Ikhwan menyatakan sihat manakala Ismanira pula memaklumkan dia tidak sihat dan mengalami muntah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan