Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengasuh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya seorang bayi lelaki berusia 18 hari dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu kanak-kanak itu, bulan lepas.Foto hiasan, Envanto.

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini – Peguam

ByBernama

PETALING JAYA, 13 Jun: Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut akibat dibunuh akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak berkenaan ketika dihubungi, selepas tempoh reman kedua-dua mereka berakhir hari ini.

“Saya hanya boleh sahkan yang pasangan itu akan didakwa hari ini. Mengenai pertuduhan apa saya tidak boleh maklumkan lagi kerana perlu bertemu dengan timbalan pendakwa raya terlebih dahulu,” katanya.

Setakat 8 pagi, pengamal media telah berkumpul di luar mahkamah kerana tidak dibenarkan masuk dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Turut kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga kepada pasangan suami isteri itu.

Polis tahan datuk, nenek Zayn Rayyan

Pada 6 Dis tahun lepas mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu yang ditahan pada 31 Mei lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lepas bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan