Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak, Dato Clarence Rorote Sagon semasa menerima cenderamata dari Pengurus Besar Kanan Jabatan Kesihatan Keselamatan Dan Alam Sekitar PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Morris Mail. Foto TVS

EX EMPURAU: Latih agensi kerajaan kendali kes tumpahan minyak, urus kecemasan

MIRI, 13 Jun: Program latihan EX EMPURAU melibatkan agensi-agensi Kerajaan Sarawak di bawah Jawatankuasa Pembersihan Tumpahan Minyak (JPTM) Negeri diadakan bagi menguji keupayaan pihak berkaitan dalam aspek pembersihan pantai jika berlaku tumpahan minyak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik berkata, pengendalian minyak perlu dilaksanakan secara teratur bagi memastikan pengoperasian industri minyak dan gas tidak mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

“Penganjuran program Latihan Ex Empurau ini oleh penganjur merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan saya percaya polisi industri sendiri telah menetapkan agar pengurusan kecemasan alam sekitar menjadi prioriti utama.

“Pengendalian kes-kes kecemasan seperti pencemaran alam sekitar perlu dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan pengoperasian industri minyak dan gas khususnya tidak mengakibatkan kes-kes pencemaran alam sekitar yang akhirnya mengakibatkan bencana berlaku di sesuatu tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Pengarah Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak, Dato Clarence Rorote Sagon semasa Majlis Perasmian Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex-Empurau 2024 pada Rabu.

Tambahnya, pencemaran tumpahan minyak secara skala besar akan mengakibatkan pencemaran di pesisiran pantai yang menjejaskan pendapatan nelayan, tempat-tempat peranginan tepi pantai dan memusnahkan kawasan sensitif alam sekitar serta flora dan fauna.

Perkara ini akan membawa kerugian yang sangat besar termasuk dari segi kos kerja-kerja pembersihan dan pemulihan semula tempat terjejas oleh tumpahan minyak dan oleh itu, tindakan pencegahan di peringkat awal perlu dititikberatkan dan dilaksanakan.

Antara pelan tindak balas melawan tumpahan minyak di bawah latihan ini ialah Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP), Plan Tindakan Pembersihan Pantai terbitan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP) dan Plan Tindakan Kecemasan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Sarawak Asset).

Tiga daripada pelan tersebut fokus kepada tindak balas kawalan dan pembersihan tumpahan minyak di laut dan pantai manakala Plan Tindakan Kecemasan PETRONAS Carigali kepada pengurusan kasualti dan kecederaan, pengabaian pelantar serta operasi mencari dan menyelamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan