Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ismail Nuhin (dua kanan) pada Hari Terbuka CBP Cawangan Satok di Jalan Kulas, Kuching, hari ini. Foto TVS

Co-opbank Pertama tawar peluang miliki ‘Rumah Idamanku’ bernilai sehingga RM1 juta

KUCHING, 13 Jun: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama) akan bekerjasama dengan syarikat pemaju perumahan di Sarawak bagi menawarkan pembiayaan sehingga RM1 juta di bawah Program ‘Rumah Idamanku’.

Ketua Co-opbank Pertama Wilayah Sarawak, Ismail Nuhin berkata produk terkini yang diperkenalkan sebulan lalu, menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif dengan margin pembiayaan sehingga 120 peratus.

Terdapat dua kategori, sama ada RM200,000 hingga RM500,000 atau RM501,000 hingga RM1 juta dalam bentuk nilai rumah.

“Kami tawarkan adalah dari segi margin pembiayaan setinggi 90 peratus, ditambah dengan 10 peratus untuk perkara seperti insurans, yuran guaman, selepas itu kita tambah lagi 20 peratus daripada 90 peratus sebagai kos ubah suai.

“Maksudnya, dari margin pembiayaan sangat kompetitif, rakyat Sarawak boleh rebut peluang ini untuk membeli hartanah dengan nilai sehingga RM1 juta, ia terbuka untuk mana-mana perumahan dalam pembinaan daripada pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Hari Terbuka CBP Cawangan Satok di Jalan Kulas di sini, hari ini.

Ismail berkata, ini adalah sebahagian usaha mereka untuk membantu masyarakat khususnya rakyat Sarawak mendapatkan rumah idaman.

Selain Naim Holdings Berhad, Ismail memberi jaminan bahawa lebih banyak pemaju akan mengambil bahagian dalam inisiatif ini.

Setakat ini pihaknya dalam proses perbincangan bagi mendapatkan persetujuan dengan semua pemaju di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan