Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakaman litar tertutup sempat merakamkan kelibat suspek memasuki pekarangan masjid. Foto ADUN Daro

Safiee pandang serius kes curi tabung derma di masjid Daro

DARO, 12 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad memandang serius kes kecurian membabitkan tabung derma masjid daerah itu.

Dalam satu hantaran di laman sosial rasminya, Safiee berkata, kejadian itu sudah beberapa kali berlaku dalam masjid terbabit.

“Semoga pencuri ini dapat segera ditangkap oleh pihak berkuasa sebagai pengajaran. Sudah berapa kali berlaku di Masjid Al-Muhsiniin Daerah Daro. Sesiapa yang ada maklumat sila hubungi pihak IPD Daro @ pm saya,” katanya.

Dalam kejadian terkini, seorang lelaki bertindak nekad memasuki masjid berkenaan dan mengambil peti derma yang diletakkan di bahagian belakang ruang solat sebelum melarikan diri.

Bagaimana pun, kejadian yang berlaku ketika kariah sedang menunaikan solat berjemaah itu sempat dirakam kamera litar tutup (CCTV).

Safiee berkata, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya dibiarkan dan mereka terlibat perlu menerima hukuman yang setimpal dari sudut undangan.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kes itu kepada pihak polis sebagai tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan