Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto Zen Hashim (TVS)

Safari Wukuf: Pastikan jemaah haji dapat berwukuf di Arafah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 12 Jun: Lembaga Tabung Haji (TH) akan memastikan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan rukun haji berwukuf di padang Arafah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini termasuk jemaah haji yang sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan TH melalui inisiatif Safari Wukuf.

“Insya-Allah, Tabung Haji akan merawat pesakit-pesakit dengan baik bagi memastikan jemaah haji berada dalam keadaan yang stabil dan kembali pulih.

“Pasukan Perubatan Tabung Haji akan menguruskan pergerakan jemaah yang sakit semasa pergerakan Masyair supaya mereka dapat berwukuf kerana wukuf di padang Arafah adalah rukun haji.

“Syabas saya ucapkan kepada petugas rombongan perubatan kerana berkorban tenaga dan masa untuk memastikan setiap jemaah haji yang uzur dapat menunaikan rukun haji, melalui inisiatif safari wukuf,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH di sini pada Selasa.

Katanya, Tabung Haji akan menyediakan sebanyak lapan unit bas yang akan diubah suai bagi menampung keperluan jemaah yang sakit untuk menyempurnakan salah satu rukun haji itu ke arafah.

“Tabung Haji sentiasa prihatin dengan kebajikan setiap jemaah dengan memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, Tabung Haji juga memperkenalkan Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) bagi membantu jemaah yang dikenal pasti memerlukan bantuan dan bimbingan khusus sepanjang tempoh kemuncak ibadah haji pada operasi Masyair.

‘Seramai 50 orang jemaah haji yang terpilih berdasarkan proses kaunseling yang dijalankan dan akan dikenal pasti oleh doktor-doktor pakar, 50 orang pesakit dari kalangan jemaah haji ini akan diberikan khidmat mengiring.

“Ini adalah salah satu program yang dijalankan Tabung Haji oleh pasukan petugas perubatan bersama-sama dengan petugas kebajikan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan