Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan ketika ia amat diperlukan untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Foto FAM (FB)

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon menyifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan ketika ia amat diperlukan untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Beliau bagaimanapun memuji kekuatan mental anak buahnya apabila berjaya bangkit menewaskan Taiwan 3-1.

“Kami turun dengan misi untuk menjaringkan banyak gol tetapi tidak berjaya. Terlalu banyak kesilapan teknikal yang menyakitkan pada separuh masa pertama dan entah bagaimana kami memberi mereka satu gol pendahuluan.

“Tetapi pada separuh masa kedua kami mengubah keputusan dan boleh katakan kekuatan mental skuad itu sangat positif,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Sementara itu, pengendali Taiwan Gary White menyifatkan kekalahan tersebut memberi pengajaran berguna buat pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain muda beraksi dalam perlawanan tersebut.

Malaysia kini berada di tempat ketiga, berkongsi 10 mata dengan Kyrgyzstan (kedua) dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol sementara Oman yang mendahului kumpulan dengan 12 mata sudah melayakkan diri lebih awal manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Kekalahan malam tadi menyaksikan Taiwan di ranking dunia ke-159 terus kempunan menemui kemenangan pertama dalam kempen kali ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan