Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan maksimum ke atas Israel bagi menghentikan operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza. Foto fail AFP

Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza

ByBernama

MOSCOW, 12 Jun: Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan maksimum ke atas Israel bagi menghentikan operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Para pemimpin itu mengadakan sidang kemuncak tiga pihak (tripartite) di luar persidangan “Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza” yang diadakan di Jordan, lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat Presiden Sisi.

Mereka juga menyeru penyatuan usaha antarabangsa untuk mencapai penyelesaian dua negara dan menyeluruh bagi isu Palestin, menurut kenyataan itu.
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi memberitahu sidang kemuncak itu bahawa Israel melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza yang belum pernah disaksikan sejak beberapa dekad.

Keganasan Israel terhadap Gaza mesti dihentikan serta-merta, kata Safadi.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 37,000 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan