Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azman dan Mohamad Shahren bertukar dokumen Memorandum Kerjasama (MOC) CENTEXS Commercial dan Buro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB) di Jumaani Pavilion di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Kerjasama MYCEB, CENTEXS Commercial ketengah produk warisan Sarawak ke pasaran global

KUCHING, 12 Jun: Jalinan kerjasama antara pihak Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB) bersama CENTEXS Commercial diyakini membuka laluan kepada produk warisan Sarawak memasuki pasaran antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCEB, Azman Tambi Chik berkata pihaknya meneroka peluang daripada kepakaran dimiliki Centexs Commercial untuk mengetengahkan produk warisan Sarawak melalui platform yang tertentu.

Menurutnya, CENTEXS Commercial akan berperanan menjadi pembekal kepada produk warisan Sarawak untuk dipromosikan semasa berlangsungnya acara perniagaan di bawah kelolaan atau anjuran MYCEB.

“Ini adalah permulaan hubungan kerjasama kita bersama dengan CENTEXS Commercial kita sepatutnya memberi bantuan dalam bentuk perkhidmatan advokasi barangan.

“Oleh itu saya mengambil kesempatan di sini untuk bersama dengan CENTEXS Commercial di Sarawak kerana barang sini adalah barang-barang traditional maka kita patut mengetengahkan barangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Memorandum Kerjasama (MOC) CENTEXS Commercial dan Buro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB) di Jumaani Pavilion di Kuching pada Rabu.

Sementara itu, Pengurus Besar Centexs Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri mengakui agensi seperti MYCEP dilihat sebagai satu rakan strategik yang boleh membantu memasarkan produk Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Jelasnya, MYCEP mempunyai kelebihan dalam mempromosikan produk keluaran Sarawak kepada orang luar terutama semasa berlangsungnya acara perniagaan antarabangsa di Malaysia.

“Walaupun mungkin bukan secara langsung tapi bayangkan Mycep membeli produk kita untuk organisasi mereka ataupun mereka mempromosikan menggunakan acara perniagaan syarikat.

“Syarikat yang buat acara itu mahu pergi ke Sarawak pergi ke Centexs Commercial dapatkan produk komiti itu merupakan bagi saya itu satu inisiatif yang amat-amat dihargai oleh orang Sarawak,” katanya

Dalam pada itu, Mohamad Shahren  mendedahkan jualan produk warisan Sarawak di Sense Of Malaysia bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berjaya memperoleh keuntungan berjumlah RM24,000 dalam tempoh 11 hari sejak mula beroperasi pada 1 Jun lalu.

Menurutnya pemasaran produk tersebut di lapangan terbang merupakan yang pertama dilakukan oleh pihak Centex dan ia memberi kelebihan untuk mempromosikan secara terus kepada pelancong yang datang.

Katanya, kini pihaknya juga telah diberi laluan untuk meperluaskan pasaran produk warisan Sarawak di enam buah lapangan terbang antarabangsa Malaysia yang lain.

“Kita mula dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kontrak pertama tetapi kita dah diberi laluan untuk memasuki 6 lagi.

“Antara laluan diberikan kepada kita untuk menjual produk kita adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan