Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak juri mendapati anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden (tengah), Hunter Biden (kanan), bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dalam perbicaraan senjata api persekutuan. Foto AFP

Anak Presiden AS Joe Biden didapati bersalah dalam perbicaraan senjata api

ByBernama

WASHINGTON, 12 Jun: Pihak juri mendapati anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Hunter Biden, bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dalam perbicaraan senjata api persekutuan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik beberapa laporan media pada Selasa.

Hunter Biden dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadahnya pada masa itu. Dia berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Namun, tidak jelas seberat mana berat hukuman akan dijatuhkan oleh hakim yang bertanggungjawab, memandangkan Hunter Biden tidak mempunyai rekod jenayah.

Presiden AS sebelum ini telah berkata bahawa beliau tidak akan mengampuni anaknya sekiranya dia disabitkan kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan