KUCHING, 11 Jun: The Chicken Rice Shop (TCRS) memperkenalkan menu baharu yang menawarkan kelazatan nasi ayam, Chicken Chup! sempena meraikan ulang tahun ke-24 pada tahun ini.
Hidangan unik dengan sajian potongan ayam yang lembut bersama sos lada hitam dan perahan limau yang menyelerakan itu kini boleh didapati di semua premis The Chicken Rice Shop (TCRS) bermula semalam hingga 11 Ogos 2024.
Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, pihaknya bersyukur terhadap sokongan para pelanggan terhadap pertumbuhan perniagaan TCRS sejak ia diperkenalkan hingga kini.

“Perjalanan ini tidak terlepas daripada cabaran, tetapi sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggan setia kami dan keikhlasan pasukan kami telah menjadi daya pendorong di sebalik kejayaan kami.
“TCRS kekal teguh, memperlihatkan dedikasi kami untuk menyajikan masakan asli Malaysia. Keupayaan kami untuk mengatasi rintangan dan menjadi lebih kuat mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan yang kami peroleh daripada pelanggan kami selama 24 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Kah Yong berkata, TCRS sebelum ini bermula dengan sederhana dan terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan cita rasa dan kegemaran masyarakat di samping sentiasa setia kepada akar budayanya.
Tambahnya, selama beberapa tahun ini, TCRS telah memperkenalkan pelbagai hidangan popular, setiap satu mencerminkan pelbagai rasa dan cita rasa dalam masakan Malaysia dan terus mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah restoran makanan yang dikasihi ramai.
Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan kumpulan yang berbeza, kata Kah Yong, Chicken Chup! menawarkan tiga set iaitu Set Chup Satu, Chup Dua, dan Chup Empat.

Selain itu, katanya, TCRS turut memperkenalkan minuman khasnya, Chup and Chill, minuman berkarbonat yang menyegarkan sebagai pelengkap pada hidangan terbaharu ini.
“Menu yang baru dilancarkan adalah cara kami untuk mengungkapkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia kami atas sokongan mereka yang tidak pernah putus.
“Kami berharap menu ini dapat membawa kegembiraan dan kepuasan kepada setiap orang yang mencubanya. Kami akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman makanan yang terbaik serta memperluaskan jangkauan kami ke seluruh negara.” ujarnya.
Sempena sambutan ulang tahun TCRS yang ke-24, para pelanggan dipelawa untuk menyertai pertandingan Chup and Snap untuk mendapatkan peluang memenangi ganjaran yang luar biasa.
Teruskan mengikuti khabar terkini mereka dengan mengikuti @thechickenriceshop di Instagram.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/. – TVS