Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Australia mengesahkan kedua-dua juruterbang maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter di barat Australia pagi Khamis, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Helikopter bawa Naib Presiden Malawi dilaporkan hilang

ByBernama

LILONGWE (Malawi), 11 Jun: Sebuah helikopter tentera Malawi yang membawa naib presiden negara itu dan lapan yang lain hilang di utara Malawi pada Isnin, kata kerajaan.

Saulos Chilima dijadual menghadiri majlis pengebumian Ralph Kasambara, bekas Menteri Kehakiman yang meninggal dunia pada Jumaat, dengan helikopter dinaikinya berlepas dari ibu negara Lilongwe sebelum hilang, lapor Agensi Anadolu.

Sehubungan dengan kejadian itu, Presiden Lazarus Chakwera membatalkan lawatan ke luar negara yang dijadualkan dan mengarahkan kedua-dua agensi serantau serta nasional untuk memperhebatkan usaha mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat yang hilang, menurut kenyataan dari pejabat presiden.

Suasana di negara selatan Afrika itu menjadi muram apabila orang ramai menunggu berita mengenai naib presiden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan