Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR menemui mayat mangsa selepas meneruskan operasi hari keempat di Sungai Baron, hari ini. Foto APM Sarikei.

Wanita hilang di Sungai Baron dijumpai lemas

SARIKEI, 9 Jun: Wanita yang dilaporkan hilang di Sungai Baron ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat pada jam 10.58 pagi ini.

Mayat mangsa yang dikenal pasti Lenya Sigat, 68, itu dijumpai kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Belum ada sebarang petunjuk ditemukan dalam SAR warga emas dikhuatiri lemas di Sarikei

Sehubungan itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, ketika dijumpai mayat terapung di permukaan sungai.

“Ia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebagai tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa Lenya Sigat, 62, dilaporkan hilang selepas pergi ke Sungai Baron dipercayai untuk mandi pada petang Khamis lalu.

Kehilangan wanita itu disedari anggota keluarga sebelum satu laporan dibuat di balai polis yang berhampiran.

“Usaha awal mencari bersama penduduk kampung menjumpai tong cat berwarna putih beserta barangan seperti sabun dan pakaian milik mangsa ditemui hanyut kira-kira 100 meter dari lokasi tempat mandi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan