Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau

STB hasrat petakan Sarawak sebagai destinasi pilihan pelancong

ByAdlina Rahman

BETONG, 9 Jun: Sarawak Tourism Board (STB) berhasrat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pilihan pelancong yang ingin datang ke Borneo.

Pengerusi STB, Dato Dennis Ngau berkata, melalui pengenalan tagline STB baharu iaitu ‘The Gateway to Borneo’, beliau mahu pengembara untuk datang ke Sarawak sebelum ke tempat lain seperti Brunei atau Sabah.

“Kami ingin mempromosikan Sarawak ke pengembara yang mahu datang ke kepulauan Borneo melalui Sarawak. Datang ke sini sebelum ke Brunei atau Sabah. Kita kini sedang bersaing dengan negeri lain untuk membawa pelancong datang ke sini.

“Selama ini Sabah merupakan negeri yang terkenal (dalam kalangan pengembara). Tetapi kalau pengembara mahu datang dan menikmati kepulauan Borneo, kita mahu mereka datang ke sini,” jelas Dennis.

Sementara itu, beliau turut optimis Sarawak bakal mencapai sasaran 4 juta kemasukan pelancong ke Sarawak tahun ini.

Ini kerana Sarawak telah mencatat sebanyak lebih sejuta kemasukan pelancong setakat tiga bulan pertama tahun ini, meskipun secara umumnya tiga bulan tersebut selalunya merekodkan jumlah yang sedikit.

“Sebenarnya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan) lebih yakin bahawa Sarawak mampu mencapai sasaran itu (4 juta). Jadi saya berasa gembira kerana pelancongan Sarawak bergerak maju dengan baik dan juga usaha daripada semua pihak,” kata Dennis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Sarawak Tourism Federation (STF) Gawai Dayak Open House di Rumah Panjang Anyie Rajit di Matop, Betong pada Sabtu.

Turut hadir bekas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan