Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng - Lai Pei Jing ketika beraksi pada kejohanan Terbuka Indonesia 2024 di Istora Senayan, Jakarta. Foto David Andreas (TVS)

Terbuka Indonesia: Zii Jia terkandas, dua beregu Malaysia mara separuh akhir

ByTVS

JAKARTA, 8 Jun: Dua beregu badminton negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan Terbuka Indonesia 2024 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta Indonesia semalam.

Beregu campuran profesional Malaysia, Tan Kian Meng – Lai Pei Jing berjaya menang mudah menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho dan Jeong Na Eun dalam ‘straight set’ dengan keputusan 21-8 dan 21-19.

Menurut Lai, mereka berjaya mengambil peluang pada set awal sekali gus mendahului perlawanan.

“Sepanjang set pertama, pihak lawan masih belum memasuki permainan jadi kami boleh mengambil peluang dan mendapat peluang untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan pada Jumaat.

Lai turut mengakui dirinya berpuas hati untuk mara ke final dan meyakini bakal memberi tumpuan kepada persiapan perlawanan esok.

Beregu lelaki Malaysia Man Wei Chong-Kai Wun Tee melakar kejutan apabila menepis cabaran pemain Taiwan Lu Chiang Yao-Yang Po Han dan mengheret mereka ke peringkat penentuan sehingga ke separuh akhir dengan keputusan 21 -17, 18-21, 21-10.

Sementara itu, jaguh badminton lelaki negara Lee Zii Jia terpaksa terkandas semalam apabila tewas selepas berdepan bekas juara dunia Thailand Kunlavut Vitidsarn dengan keputusan 16-21, 17-21.

Nasib sama menimpa Leong Jun Hao yang tewas kepada Li Shi Feng dari China dan terpaksa menarik diri dengan keputusan 11-21, 12-21. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan