Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Nyomek Nyeap mengabdikan kenangan bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto TVS

Pelantikan sebagai Setiausaha Politik, penghormatan untuk PRS – Nyomek

KUCHING, 7 Jun: Menggalas amanah sebagai Setiausaha Politik akan dipikul dengan baik kerana ia merupakan penghormatan yang diberikan Kerajaan Sarawak kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), kata Dato Nyomek Nyeap.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak menzahirkan penghargaan dan berterima kasih ekpada Kerajaan Sarawak di atas kepercayaan terhadapnya serta parti untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

Menurutnya  tugas seorang setiausaha politik adalah dilihat sebagai perantara antara menteri dengan rakyat dalam sesebuah kawasan.

“Pada saya, tanggungjawab ini agak berat kerana saya diberi amanah oleh kepimpinan PRS untuk mengawal selia serta menjaga segala keperluan dan kebajikan ahli-ahli PRS dari komuniti Bidayuh di lapan bahagian dan ini termasuklah meliputi kawasan Tanjung Datu, Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Kedup, Bukit Simujak dan Tebedu.

“Jadi, tanggungjawab ini amat besar, kerana kita mempunyai wakil rakyat PRS. Justeru, apa-apa yang berlaku di kawasan Bidayuh, saya yang akan memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelantikkannya sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa, Kuching pada Jumaat.

Nyomek merupakan pesara pegawai polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) yang telah berkhidmat bersama pasukan Polis DiRaja Malaysia selama 36 tahun sebelum bersara wajib pada tahun 2006. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan