Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Betong 2024, di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Premier Sarawak luluskan cadangan pembinaan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Betong

ByAkma Salleh

BETONG, 5 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan cadangan untuk membina Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Betong.

Bagaimanapun menurut Abang Johari, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu kawasan sesuai untuk pembinaan sekolah tersebut.

Cadangan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Betong diluluskan | TVS

“Ini saya tidak was-was kerana sekolah ini menggunakan silibus ataupun sukatan antarabangsa iaitu Cambridge. Jika anak-anak kita lepas peperiksaan untuk kemasukan di sekolah ini maka mereka nanti juga akan diterima masuk di universiti antarabangsa.

“Untuk pembinaan sekolah ini, saya akan bincang dan mencari tempat di Betong supaya ia menjadi pusat untuk mereka yang berada di Sri Aman, dan Sarikei untuk bersekolah di sekolah antarabangsa ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Betong 2024, di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Selain itu, Abang Johari juga memaklumkan beliau akan mempertimbangkan pembinaan maktab Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Betong.

“Memanglah CENTEX ini ada teknologi yang boleh mempergandakan pengeluaran padi. Pilot projeknya ada di Kuching dan seterusnya boleh dibawa ke sini, bukan itu sahaja, CENTEXS juga ada kursus fesyen, jadi kita boleh latih anak-anak di sini.

“Kalau ada peruntukkan kita akan bangunkan CENTEXS di sini,” katanya lagi.

Terdahulu cadangan itu telah diutarakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Uggah, sekolah itu sekarang ini telah bertapak di lima lokasi iaitu dua buah di Kuching, dan masing-masing satu di Sibu, Miri serta Bintulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan