Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Nurlaila Said ditemui pada Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Majoriti jemaah haji Sarawak tahun ini golongan muda dan bertenaga

KUCHING, 5 Jun: Jemaah haji berumur antara 20 dan 50 tahun merupakan paling ramai menunaikan rukun Islam kelima dari Sarawak pada tahun ini.

Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said berkata, daripada 968 jemaah haji dari Sarawak, majoritinya dari kumpulan umur tersebut yang disifatkannya sebagai masih bertenaga.

Sebahagian jemaah haji dari Sarawak yang berangkat ke Mekah menerusi penerbangan dari Kuching, malam tadi. Foto TVS

“Kita berharap tahun hadapan akan lebih ramai lagi dari Sarawak untuk ke Tanah Suci pada usia muda supaya nanti beribadat dalam keadaan lebih bertenaga.

“Dengan keadaan cuaca yang begitu ekstrem di Tanah Suci saya kira golongan muda ini insya-Allah dapat mengharungi cabaran itu dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak di Hotel Raia, di sini hari ini.

Nurlaila berkata, secara keseluruhan proses operasi menghantar jemaah haji dari Sarawak berjalan lancar seperti perancangan TH.

Malah katanya, kerjasama yang diterima dari semua agensi amat baik sekali gus memudahkan semua proses berkaitan jemaah haji dilakukan dengan lancar dan sempurna.

Bagi musim haji tahun ini, lima penerbangan jemaah haji dilakukan dari Sarawak dengan penerbangan terakhir pada malam tadi.

Sementara itu, persiapan terakhir jemaah haji menjadi keutamaan pertugas-pertugas TH sebelum jemaah haji berangkat ke Mekah.

Pembimbing Ibadah Haji Tanah Air (PITA) TH, Mohd Fauzi Hairani berkata bagi memastikan kelancaran operasi haji pihaknya akan memastikan setiap jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci mematuhi setiap garis panduan.

“Kita akan memastikan pakaian ihram mereka mengikut apa yang disyarakkan dan juga kita akan memastikan supaya jemaah haji Sarawak mendapat maklumat tepat.

“Kita juga memberikan sedikit maklumat dan panduan agar mereka dapat melaksanakan apatah lagi dalam proses penerbangan mereka ke tanah suci Mekah Al-Mukaramah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan