Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata jawatankuasa itu bertujuan merekodkan situasi sebenar wanita di dalam negara. Foto fail TVS

KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia bertujuan merekodkan situasi sebenar wanita di dalam negara dan dasar yang dikemas kini bagi mempersiapkan delegasi Malaysia ke Cedaw pada masa akan datang.

“Selepas Cedaw, kita ada pemerhatian rumusan jadi kita dapat melihat apa yang perlu ditangani, kita perlu aturkan strategi, jadi dengan adanya Pelan Tindakan Pasca Cedaw ini, ia akan memberi kemudahan untuk kita merekodkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dibarisi wakil 12 kementerian yang berkaitan dan dijangka mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali dalam setahun.

Pada 18 Mei lepas, Nancy mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi dialog pembentangan laporan berkala Cedaw keenam dari 18 hingga 26 Mei di Geneva, Switzerland.

Tujuan utama Cedaw ialah menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang politik, ekonomi, sosial serta budaya dan penerimaan Malaysia terhadap konvensyen itu adalah dengan pemahaman bahawa peruntukannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan