Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo ketika melawat Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, Indonesia hari ini. Foto Biro Pers Istana Presiden

Jokowi yakin mulakan tugasan di Nusantara pada Julai

ByTVS

JAKARTA, 5 Jun: Presiden Indonesia Joko Widodo sekali lagi menyatakan keyakinannya untuk dapat memulakan tugas di pejabat presiden baharu di Ibu Kota Nusantara, Kalimantan Timur.

Beliau berkata demikian ketika melawat dan memantau pembinaan pusat pentadbiran baharu Indonesia yang pembinaan fasa pertama kini mencapai 80 peratus mengikut sasaran.

Dalam lawatannya, Widodo yang dikenali sebagai Jokowi turut meninjau pembinaan pejabat presiden baharu yang dijangka siap Julai ini.

“Semuanya hampir siap, begitu juga dengan kemajuan pembinaan infrastruktur fasa pertama yang berterusan, saya amat optimis dengan pejabat presiden ini, Insya-Allah Julai depan saya akan mula bertugas di IKN,” katanya.

Selain itu, beliau turut meninjau tapak sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79 yang mengikut perancangan akan diadakan di sana pada 17 Ogos ini.

Dalam lawatannya yang berlangsung sejak semalam, Jokowi turut mengadakan majlis pecah tanah bagi beberapa kemudahan awam seperti universiti, ibu pejabat bank, serta beberapa kemudahan yang bertujuan menampung keperluan bekalan elektrik dan air, serta pejabat pengurus pengangkutan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan