Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DOSM turut mengeluarkan perangkaan perlombongan petroleum dan gas asli untuk suku pertama 2024. Foto hiasan Envato

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 9.1 peratus pada suku pertama 2024 – Perangkaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 9.1 peratus pada suku pertama tahun 2024, merekodkan 799.8 bilion kaki padu berbanding 733.3 bilion kaki padu pada suku yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan hari ini, DOSM berkata, pengeluaran minyak mentah dan kondensat turun marginal bagi tempoh dua suku tahun berturut-turut, menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 48.0 juta tong pada suku pertama 2024 daripada 49.1 juta tong pada suku keempat 2023.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, penguncupan ini disebabkan oleh kemerosotan sebanyak 5.8 peratus dalam pengeluaran minyak mentah kepada 33.2 juta tong (suku keempat 2023: 34.6 juta tong).

“Bagaimanapun, pengeluaran kondensat kekal kukuh dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 14.0 peratus berbanding dengan pertumbuhan 17.0 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.

DOSM turut mengeluarkan perangkaan perlombongan petroleum dan gas asli untuk suku pertama 2024.

Secara keseluruhan, harga minyak mentah dan kondensat mengalami penurunan sejak suku ketiga tahun 2023.

Harga purata “lifting” berpemberat (WALP) mencatatkan US$86.9 setong pada suku pertama 2024 berbanding US$88.5 setong pada suku keempat 2023.

Sementara itu, harga setiap tong bagi WTI dan Brent masing-masing mencatatkan US$77.6 setong pada suku dalam tinjauan berbanding US$78.4 setong pada suku keempat 2023.

Mengenai prestasi perdagangan luar negara, Mohd Uzir berkata nilai eksport minyak mentah dan kondensat sebanyak RM9.1 bilion pada suku pertama 2024 berbanding RM9.3 bilion pada suku keempat 2023, dengan Thailand merupakan destinasi utama, merekodkan RM2.4 bilion atau 26.4 peratus, diikuti oleh Jepun (26.2 peratus) dan India (14.4 peratus).

Nilai eksport keluaran petroleum bertapis berjumlah RM33.6 bilion pada suku pertama 2024 berbanding RM33.7 bilion pada suku keempat 2023.

Singapura adalah negara destinasi utama dengan sumbangan 22.1 peratus, diikuti oleh Indonesia (18.7 peratus) dan Australia (15.0 peratus).

Eksport gas asli Cecair (LNG), mencatatkan nilai sebanyak RM18.5 bilion, dengan sejumlah RM8.2 bilion atau 44.5 peratus dieksport ke Jepun, diikuti oleh China (25.2 peratus) dan Republik Korea (22.0 peratus).

Beliau berkata, nilai import minyak mentah dan kondensat berkurang kepada RM15.7 bilion untuk suku pertama 2024, dengan 45.5 peratus diimport dari Arab Saudi, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (23.6 peratus) dan Gabon (5.0 peratus). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan