Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Asap hitam naik seketika selepas serangan udara Israel menyasarkan sebuah bangunan kediaman di bandar Bureij di tengah Semenanjung Gaza pada 3 Jun 2024. Foto, AFP.

Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Jun: Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata cadangan itu adalah jalan ke hadapan terbaik untuk menamatkan malapetaka yang sedang berlaku di Gaza dan pengunduran penuh tentera Israel dari Wilayah Palestin.

Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza

“Malaysia secara konsisten menyeru gencatan senjata yang kekal dan berkesan untuk membawa penghentian segera kepada pembunuhan rakyat Palestin dan konflik di Gaza.

Dalam konteks ini, cadangan tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Joe Biden untuk gencatan senjata sepenuhnya, pembebasan tawanan daripada kedua-dua belah pihak, usaha ke arah pengakhiran kekal permusuhan, dan pelan pembinaan semula menyeluruh untuk Palestin adalah langkah ke arah yang betul,” katanya.

Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan segera dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin serta pembinaan semula Gaza.

Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza

Ia menekankan bahawa sokongan teguh dan solidariti penuh Malaysia dengan rakyat Palestin tetap tidak berbelah bahagi, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan pembentukan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Biden pada 31 Mei lepas telah membentangkan perjanjian tiga fasa yang dicadangkan oleh Israel kepada wakil Palestin, Hamas yang menurutnya akan menamatkan permusuhan di Semenanjung Gaza yang terkepung dan memastikan pembebasan tawanan yang ditahan di enklaf pantai itu.

Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza

Hamas dilaporkan berkata ia akan “memberi respons positif kepada sebarang cadangan yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan penuh dari Semenanjung Gaza, usaha pembinaan semula, kepulangan orang yang dipindahkan, dan penyelesaian pertukaran tawanan  yang menyeluruh”. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan