Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kegiatan memecah masuk rumah seorang pempengaruh media sosial di Pokok Sena, Kepala Batas sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM800,000 pada April lalu. Foto hiasan Envato

Pempengaruh media sosial rugi RM800,000, polis masih kesan perompak

ByTVS

KEPALA BATAS, 3 Jun: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kegiatan memecah masuk rumah seorang pempengaruh media sosial di Pokok Sena di sini sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM800,000 pada April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, pihaknya tidak pernah menutup siasatan kes itu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Dakwaan kita tidak maklumkan perkembangan kes juga tidak betul kerana pegawai penyiasat kes sentiasa beri maklum balas mengenai perkembangan siasatan kepada pihak berkaitan.

“Selain tiada saksi kejadian, hasil semakan kesan cap jari di lokasi kejadian juga mendapati tiada sebarang rekod yang boleh dikaitkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, pempengaruh wanita tersebut memuat naik gambar di akaun laman sosial TikTok hari ini sambil mendedahkan kejadian pada 25 April lalu itu membabitkan anggaran kerugian RM800,000.

Katanya, kejadian yang berlaku pada sebelah malam itu disedari semasa dia dan suami pulang dari kedainya apabila mendapati rumah dipecah masuk melalui tingkap.

Wanita itu mendakwa, biarpun selepas 40 hari kejadian itu, pihaknya belum menerima sebarang maklumat daripada pihak berkuasa.

Perompak dikatakan menyasarkan sebuah bilik dan mengambil peti besi, duit raya bersama barang kemas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan