KUALA LUMPUR, 3 Jun: Industri sukan elektronik (e-sukan) negara menerima khabar baikĀ apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Ahmad Zahid, yang menghadiri Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 13 di Serdang dekat sini semalam berkata beliau akan mendapatkan pengiktirafan kepada industri e-sukan di peringkat Kabinet.
āSebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) saya akan membawa pengiktirafan sukan ini di peringkat Kabinet,ā katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur MPL Malaysia, MOONTON Games.
Pada perlawanan akhir, Selangor Red GiantsĀ mengatasi juara bertahanĀ Homebois, 4-2 dan mengesahkan penampilan sulung mereka di Piala Pertengahan Musim MLBB (MSC) 2024.
Keputusan itu menyaksikan HomeboisĀ bersaing dengan tujuh pasukan diĀ peringkat wild card MSC 2024Ā bagi memburu satu slot di pertandingan utama.
Justeru, Ahmad Zahid menghantar mesej semangat kepada Selangor Red Giants dan Homebois sebelum mereka mewakili negara dalam MSC 2024.
āUkirkan nama Malaysia yang cemerlang di persada antarabangsa,ā katanya.