Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu rangka manusia ditemui di dalam sebuah kebun durian di Jalan Pulau Betong

Polis kesan dua individu baling pasu ke arah Balai Polis Serdang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang mabuk bertindak nekad membaling pasu tembikar ke arah Balai Polis Serdang pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan dalam kenyataan berkata bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, tiada anggota polis yang cedera.

Katanya, semasa kejadian, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal telah berhenti di hadapan balai polis dan ketika seorang daripada anggota polis yang bertugas bertanyakan tujuan mereka, pembonceng motosikal itu telah membaling pasu tembikar ke arah pagar sebelah kiri dan kemudian melarikan diri.

“Motif kejadian disyaki kerana tidak berpuas hati susulan pada 2.30 pagi, anggota yang bertugas telah menegur sekumpulan lelaki bermotosikal yang tidak menggunakan topi keledar di persimpangan lampu isyarat kira-kira 20 meter dari balai berkenaan,” katanya.

Menurut Anbalagan, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menerusi talian 03-80742222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan