Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemuda maut selepas kereta dipandu terbabas di tepi gaung di simpang Ancarang Sekaloh, Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri di sini, hari ini. Foto, Bomba.

Pemuda maut kereta dipandu terbabas di PAN Borneo Bintulu – Miri

BINTULU, 2 Jun: Seorang pemuda maut selepas kereta dipandu terbabas di tepi gaung di simpang Ancarang Sekaloh, Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri di sini, hari ini.

Identiti mangsa disahkan sebagai Ericson Tanyit Usang, 22, beralamat di Taman Tunku, Miri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Penguasa Bomba Kanan II Awang Azdwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima laporan kes pada 10.41 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kereta dari Bintulu ke Miri terlibat dalam kendiri dan telah terbabas ke tepi gaung.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di bahagian bawah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau memberitahu, bomba mengeluarkan mangsa dengan membuat penstabilan pada kenderaan itu.

“Setelah berjaya dikeluarkan, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan