Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ninja Van Malaysia meraikan petugas barisan hadapan Malaysia dan wira penghantaran menerusi acara yang julung kali diadakan, ‘Unsung Heroes: A Celebration of Dedication and Appreciation’, atas sumbangan mereka kepada e-dagang. Foto, Facebook Ninja Van Malaysia.

Ninja Van Malaysia rai wira penghantaran dalam acara ‘Unsung Heroes’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Ninja Van Malaysia meraikan petugas barisan hadapan Malaysia dan wira penghantaran menerusi acara yang julung kali diadakan, ‘Unsung Heroes: A Celebration of Dedication and Appreciation’, atas sumbangan mereka kepada e-dagang.

Ninja Van Malaysia mengubah satu daripada hab berpusat mereka di Taman Shamelin Perkasa menjadi hentian tepi jalan di mana penghantar barang dapat menikmati makanan dan minuman percuma yang disumbangkan rakan-rakan Ninja Mart, sambil berehat daripada rutin kerja harian dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Ketua Operasi Ninja Van Malaysia Zulfardi Khairizam berkata acara itu merupakan cara pihaknya menunjukkan penghargaan kepada semua pemandu dan penghantar barang yang telah menjadi tulang belakang ekosistem e-dagang.

“Kami mahu mengetengahkan usaha keras mereka dalam memastikan bungkusan yang dihantar sampai tepat pada masanya kepada penerima. Kami juga mengiktiraf kepentingan peranan mereka dalam menyediakan penghantaran yang lancar di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Ninja Mart Matthew Lew berkata pihaknya sangat berterima kasih atas sokongan daripada rakan Ninja Mart seperti BIKA, Cocoaland, Infra Bunga and Carina Malaysia dalam menjayakan acara itu.

“Kerjasama mereka telah mempamerkan komitmen bersama kami untuk menghargai dan meraikan wira penghantaran yang tidak didendang ini. Kami berhasrat untuk meneruskan kolaborasi ini dan berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara seperti ini pada masa akan datang, sebagai satu cara menzahirkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan sama.

Ninja Mart, perkhidmatan cepat dan lancar yang menghubungkan jenama terbaik dengan pelanggan luar bandar menerusi tawaran pasaran efisien, telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih 20 jenama FMCG dengan merangsang penembusan pasaran, meningkatkan jualan dan mengekalkan daya saing kompetitif dalam perdagangan moden dan umum.

The Unsung Heroes menjadi platform bagi meraikan, mengiktiraf dan memupuk komuniti Ninja yang utuh, menyerlahkan peranan penting penghantar barang, penyusun dan peranan berfokuskan operasi lain dalam kejayaan mana-mana syarikat penghantaran.

“Ninja Van Malaysia menyedari kepentingan peranan ini dan meraikan para wira tidak didendang ini menerusi pelbagai inisiatif, termasuk poster ‘Take 5’ yang bertujuan mempromosikan keselamatan dan kesejahteraan dalam kalangan petugas barisan hadapan, serta kerjasama strategik dengan pihak media dan pemimpin pendapat utama,” menurut kenyataan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Unsung Heroes layari https://www.ninjavan.co/en-my/unsung-heroes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan