JAKARTA, 2 Jun: Gunung Berapi Ibu di wilayah Halmahera Barat, Maluku Utara, Indonesia meletus semula pada 12.35 tengah hari waktu tempatan.
Letusan memuntahkan abu setinggi kira-kira 7,000 meter dari kawah di puncak utama selama 10 minit.
Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, bagi mengelak kesan buruk akibat letusan berkenaan, penduduk berhampiran telah dipindahkan.
“Setakat ini seramai 1,962 penduduk terjejas dan mereka telah dipindahkan ke tiga tapak pemindahan sementara,” katanya.
Gunung Berapi Ibu menunjukkan peningkatan aktiviti sejak 16 Mei lepas.
Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) turut menaikkan paras Gunung Berapi Ruang ke tahap empat. – TVS.