Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak buka pejabat di Abu Dhabi, jalin kerjasama dalam bidang tenaga, karbon – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 1 Jun: Sarawak akan membuka pejabat di Abu Dhabi, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pejabat berkenaan bakal mengendalikan bidang tenaga dan karbon selain bekerjasama dengan pihak Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

“Kita akan buka pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan di uruskan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan PETROS.

“Kerana selain Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (MASDAR), kita juga akan bekerjasama dengan Syarikat Pelaburan Mubadala iaitu sebuah syarikat milik negara UEA untuk kita membangunkan industri minyak dan gas,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sebelum ini, MASDAR memaklumkan syarikat itu sedang meneroka peluang pelaburan sektor tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Ketua pegawai eksekutifnya, Mohamed Jameel Al Ramahi berkata, syarikat itu ingin melabur dalam pembangunan solar terapung.

Mohamed Jameel juga berkata sebagai salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia, mereka berkeupayaan melabur dalam projek berkaitan ekonomi hijau berimpak tinggi.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Abang Johari yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar mendedahkan satu kawasan telah dikenalpasti bagi pelaburan tersebut.

“Kita telah mengenalpasti kawasan untuk mereka melabur yang mungkin menjanakan 100,000 megawatt tenaga hijau melalui hidro, ini adalah satu pelaburan besar dimana kita ada nilai tambah dari sudut pengeluaran tenaga hijau.

“Kita sebenarnya berasa bertuah kerana kita (Sarawak) menjadi hab dan mempunyai sumber,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan