Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir. Aidel Lariwoo bergambar bersama Komuniti Warisan Adat Bugis (KWAB) kawasan Sadong Jaya. Foto TVS

Pertubuhan Komuniti Warisan Adat Bugis lestarikan warisan budaya, etnik

SADONG JAYA, 1 Jun: Kewujudan pertubuhan komuniti setempat berupaya membantu memelihara sekali gus mengekalkan warisan serta budaya terlibat.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata penubuhan Komuniti Warisan Adat Bugis (KWAB) oleh komuniti Bugis di kawasan Sadong Jaya secara tidak langsung telah melastarikan budaya masyarakat itu di Sarawak.

Namun kewujudan pertubuhan komuniti berkenaan tidak memberikan sebarangan makna jika ia tidak disertai dengan perlaksanaan program yang berupaya mengangkat budaya warisan komuniti tersebut.

“Sudah tentu (perlaksanaan program) ia akan dapat menjadi tarikan kepada sektor pelancongan di kawasan yang terlibat.

” Justeru kita menggesa mereka di Kementerian Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembangan agar dapat mengaturkan program-program yang dapat membantu pertubuhan etnik seperti ini untuk dikembangkan lagi dalam merangka programnya.

“Pengembangan program-program itu akan dapat membantu pertubuhan komuniti etnik itu untuk menjadi lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis KWAB Bersama Pemimpin di dewan Warisan Sadong Jaya di sini hari ini.

Aidel berkata, program-program kebudayaan yang dianjurkan khususnya membabitkan KWAB secara langsung melestarikan kebudayaan, adat serta warisan komuniti Bugis di kawasan Sadong jaya.

Usaha itu katanya selari dengan inisiatif kerajaan yang mahu mengekalkan keberadaan Warisan seni Budaya dalam Masyarakat selain pemulihan yang sistematik agar kualiti warisan seni budaya itu dapat dicapai.

Pada Majlis berkenaan Aidel turut mengumumkan peruntukkan berjumlah RM50,000 bagi menaiktaraf dan membaiki fasiliti di Rumah Komuniti Bugis Sadong Jaya serta tambahan RM20,000 bagi pertubuhan itu melaksanakan program-programnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan