Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media pada Majlis Sua Kasih MADANI dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Malaysia di kementeriannya hari ini. Foto: Bernama

Pendidikan eratkan hubungan Malaysia-China – Anthony Loke

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Bidang pendidikan merupakan jambatan yang mengeratkan hubungan Malaysia-China dengan tumpuan utama pada masa ini terarah kepada teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata China boleh menyumbang secara signifikan dalam memenuhi permintaan pasaran Malaysia dengan berkongsi teknologi khususnya berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET).

“Salah satu fokus utama ketika ini ialah bidang TVET dan menjadi visi kerajaan Malaysia untuk menumpukan sistem pendidikan kita ke arah itu…kita mempunyai kerjasama yang kukuh dengan China kerana negara itu telah menawarkan banyak peluang kepada pelajar kita untuk menjalani latihan TVET di sana.

“Kita berharap dapat mengadakan lebih banyak kerjasama dan saya yakin akan ada lebih banyak pengumuman mengenainya dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam program Bernama TV ‘Meja Bulat: 50 Tahun Persahabatan Malaysia-China’ pada Jumaat.

Menurutnya program pertukaran pelajar juga sama penting bagi membolehkan pelajar kedua-dua negara mempelajari bahasa dan budaya masing-masing, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Sebanyak 220 syarikat China dilapor menawarkan 5,125 tempat kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti latihan jangka pendek, sederhana dan panjang TVET yang dilihat sebagai pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Sementara itu Menteri-Kaunselor Kedutaan China di Malaysia Lin Shiguang berkata kedua-dua negara boleh berganding tangan kerana China mempunyai pengalaman dalam memajukan pendidikan TVET khususnya berkaitan projek mega dan pembinaan.

Beliau berkata pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga perlu diberikan tumpuan terutama dengan perkembangan pesat AI, pengkomputeran awan, data raya dan Internet Benda (IoT) yang boleh membantu penyesuaian dan inovasi yang diperlukan pelbagai industri.

Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik hari ini dengan Malaysia menjadi negara ASEAN pertama menjalin hubungan diplomatik dengan negara kuasa besar itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan