Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan seorang pendaki warganegara Malaysia telah meninggal dunia semasa ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, AS. Foto hiasan Envato

Kementerian Luar sahkan kematian pendaki Malaysia di Gunung Denali, AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan seorang pendaki warganegara Malaysia telah meninggal dunia semasa ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, AS.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Sabtu melaporkan bahawa Konsulat Jeneral Malaysia telah berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham dan sedang memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan usaha membawa turun jenazah dari kawasan pergunungan sedang giat dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca,” menurut Wisma Putra.

Kementerian juga ingin mengesahkan bahawa dua orang lagi pendaki warganegara Malaysia telah dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan.

Menurut Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya, sambil menambah sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Sementara itu, Kelab Jelajah Alpine Malaysia menerusi hantaran di Facebook berkata pendaki tersebut, Zulkifli Yusuf, 37, dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi (waktu tempatan) Rabu semasa berlindung di dalam gua salji yang dikenali sebagai ‘Football Field’.

“Punca kematian Zulkifli disyaki akibat ‘high altitud cerebral edema’ dan hipotermia manakala perkara itu akan disahkan melalui bedah siasat.

“Jenazah Allahyarham masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah akan mengambil masa bergantung kepada cuaca,” kata kelab.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia berkata seorang lagi pendaki, Zainudin Lot, 47, berjaya diselamatkan pada Jumaat dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska.

“Keadaannya stabil dan beliau mengalami radang dingin pada kedua-dua tangannya,” tambahnya.

Denali National Park & ​​Preserve dalam satu kenyataan pada 31 Mei mengesahkan bahawa pasukan penyelamat telah menyelamatkan pendaki pertama daripada tiga pendaki yang terkandas, Muhammad Illaham Ishak, 47, pada 28 Mei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan