Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara perkhidmatan sokongan lain yang turut disediakan di pusat rawatan TH Mekah ialah perkhidmatan pergigian, panggilan ambulans, makmal perubatan, pengimejan dan diagnostik, fisioterapi, khidmat pemakanan diet pesakit, pemantauan kawalan penyakit, serta pemantauan kualiti dan keselamatan makanan. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Kerajaan Arab Saudi luluskan permit operasi pusat rawatan TH Mekah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 1 Jun: Kementerian Kesihatan Arab Saudi bersetuju untuk meluluskan permit Pengoperasian Perubatan kepada Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah secara rasmi pada 4 Jun ini.

Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini menjadikan Malaysia antara negara terawal untuk mendapat permit operasi Pusat Perubatan di Mekah.

“Perkhidmatan kesihatan di Pusat Rawatan TH Mekah ini meliputi rawatan kecemasan, rawatan pesakit dalam, dan perkhidmatan kepakaran termasuk kepakaran perubatan am, perubatan keluarga, anestesiologi atau bius, psikiatri dan kesihatan awam,” katanya.

Syed Saleh berkata demikian pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, pada Jumaat.

Katanya lagi antara perkhidmatan sokongan lain yang turut disediakan di pusat rawatan TH Mekah ialah perkhidmatan pergigian, panggilan ambulans, makmal perubatan, pengimejan dan diagnostik, fisioterapi, khidmat pemakanan diet pesakit, pemantauan kawalan penyakit, serta pemantauan kualiti dan keselamatan makanan.

“Kelulusan permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

“Ini juga pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah Malaysia,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan