Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
“Arwah seorang yang ceria dan taat kepada ibunya”, itulah yang disifatkan oleh waris jemaah haji Allahyarham Mohd Zahir Ismail, 58 yang meninggal dunia akibat serangan jantung setelah selesai melakukan pusingan tawaf umrah pada 29 Mei lepas di Masjidil Haram.

Haji: “Arwah taat jaga ibu”, kata waris jemaah meninggal dunia usai tawaf

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 1 Jun: “Arwah seorang yang ceria dan taat kepada ibunya,” demikian sikap jemaah haji Allahyarham Mohd Zahir Ismail, 58 yang meninggal dunia akibat serangan jantung setelah selesai melakukan tawaf umrah pada 29 Mei lepas di Masjidil Haram.

Isteri arwah, Pauziah Othman berkata, arwah suaminya seorang yang bertanggungjawab dan tidak pernah mengabaikan peranannya sebagai suami sepanjang 28 tahun usia perkahwinan mereka meskipun tidak dikuniakan cayaha mata.

“Kami tidak ada rezeki anak, jadi kami bergantung harap antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pemberita di hotel penginapannya di sini, pada Jumaat.

Berkongsi cerita, Pauziah Othman yang jelas terpancar redha pada wajahnya memaklumkan, suaminya tidak memberikan sebarang petanda atau isyarat bahawa beliau akan pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika melakukan tawaf

“Semasa melakukan tawaf memang kami berpegangan tangan, selesai sahaja tawaf kami nak kelua menuju ke ruang solat untuk menunaikan solat sunat tawaf ketika itulah arwah jatuh.

“Dia jatuh dahulu kemudian saya jatuh sebab tangan kami erat berpegangan dan arwah tertarik saya sekali,” katanya lagi.

Katanya, kejadian yang berlaku di perkarangan mataf itu masih tidak dapat dilupakan, tatkala ribuan jemaah yang lain sedang melakukan pusingan tawaf di kawasan tersebut.

“Ramai orang Malaysia yang singgah untuk tolong dan menghadang jalan dan ada unit kesihatan, kemudianya mereka datang membawa arwah suami saya ke klinik di dalam masjidil haram.

“Masa nak jatuh itu arwah sempat melaungkan ‘Allahuakbar’,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Pauziah memaklumkan, ibunya (Zariah Safar, 86) yang sebelum ini rapat dengan arwah mengetahui perkhabaran tersebut menerusi ahli keluarga yang berada di tanah air.

“Pada mulanya berat untuk kami maklumkan kepada mak, tetapi saya sampaikan khabar duka tersebut melalaui adik arwah..mula-mula takut nak bagitahu mak, tetapi sekarang mak dah tahu dah,”ujarnya lagi.

Terdahulu Allahyarham Mohd Zahir Ismail dari Alor Setar, Kedah itu meninggal dunia akibat serangan jantung telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Mekah.

Tampil menyantuni waris, Syarikat Mashariq telah memberi sedekah dan berniat ke atas nama arwah dan isteri untuk pahala dan amal jariah berterusan.

Antara sumbangan syarikat Masahriq terhadap arwah dan isterinya adalah melibatkan sumbangan telaga yang terdapat di dalam kawasan tanah haram, sumbangan untuk pembinaan masjid dalam kawasan haram serta memberi sedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan tahfiz dalam kawasan tanah haram.

Difahamkan, jenazah arwah Mohd Zahir yang meninggal dunia ketika masih berihram telah dikafankan menggunakan kain ihram yang sama, tidak ditutup wajahnya dan dikebumikan dalam keadaan begitu sahaja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan