Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, hari ini.

Sarawak berhasrat jalin kerjasama dengan negara Arab, lestarikan tenaga hijau

ByZhahrulniza

KUCHING, 31 Mei: Kerajaan Sarawak berhasratĀ mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat antarabangsa dari negara-negara Arab yang ingin berkerjasama dengan negeri ini dalam industri tenaga hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini kedutaan besar negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah menunjukan kesediaan mereka untuk bekerjasama dalam bidang yang sama.

ā€œIni menunjukkan bahawa para pelabur luar yakin dengan komitmen dan hala tuju Sarawak ke arah membina sebuah ekonomi yang berteraskan penggunaan dan pengeluaran sumber tenaga hijau selari langkah sejagat untuk menangani perubahan iklim dunia,ā€ kata beliau menerusi perutusan sempena Hari Gawai Dayak 2024.

Pada masa sama, Abang Johari menekankan terdapat pelbagai program dan projek pembangunan yang telah dirangka sehingga 2050 sekali gus akan terus memacu kemajuan Sarawak selepas 2030.

ā€œSaya amat yakin jika semua projek ini dan projek-projek lain sudah menjadi kenyataan menjelang 2030 rakyat Sarawak akan berpeluang untuk menikmati pekerjaan yang memberikan gaji yang tinggi sekaligus melengkapkan status Sarawak sebagai sebuah kawasan yang maju dan berpendapatan tinggi,ā€ ujar beliau.

Dalam pada itu Abang Johari menambah, baru-baru ini lawatan beliau ke Seoul Korea telah menunjukkan perkembangan signifikan dalam industri tenaga hijau di Sarawak.

Semasa lawatan, beliau bertemu dengan pelabur Korea yang melihat Sarawak sebagai sebuah kawasan yang berpotensi sebagai hab tenaga hijau di rantau Asia.

Katanya, tiga syarikat Korea telah mengesahkan komitmen mereka untuk memajukan projek H2biscus di Bintulu, yang akan menghasilkan gas hidrogen dan ammonia sebagai bahan api bersih.

ā€œDalam pertemuan tersebut salah sebuah syarikat Korea berkenaan juga telah mengemukakan cadangan untuk membina sebuah fasiliti bersepadu yang berasaskan tenaga hijau. Kos projek tersebut termasuk kos-kos berkaitan dijangka mencecah USD460 billion sehingga 2050 seperti yang saya nyatakan sebelum ini,ā€ jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap projek di Bintulu itu nanti akan menjadi kenyataan untuk terus memacu transformasi ekonomi Sarawak yang berasaskan tenaga hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan