Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekebun kontrak lelaki berumur 50 tahun ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah oleh orang awam.

Pekebun kontrak warga Indonesia maut dalam pergaduhan

ByBernama

KUANTAN, 31 Mei: Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Tringkap, Cameron Highlands pada Khamis lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, seorang pekebun kontrak lelaki berumur 50 tahun yang memakai baju berwarna hitam serta seluar jean pendek ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berlumuran darah manakala rakannya ditemui cedera parah kira-kira 500 meter daripada mayat mangsa.

“Berdasarkan siasatan dengan saksi, kita berjaya mengenal pasti suspek dan kini sedang mengesan suspek berumur dalam lingkungan 30-an itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq yang terbunuh dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada 17 Mei lepas di sini hari ini.

Yahaya berkata rakan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau berkata sumbangan yang disampaikan hari ini bersama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) adalah bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan